Tuesday, April 15, 2008

Karyawan Dan Sasterawan – jangan sekadar jadi pencatat.

Golongan sasterawan dan sasterawan – janganlah sekadar menjadi ”pencatat peristiwa” atau menjadi ”penulis kreatif” yang berilusi dan sering mempersembahkan tulisan atau karya-karya yang rapuh. Penulis yang mantap dan agung – perlu dapat menggarap dan mengangkat karya-karya yang besar dan bermutu dengan berpaksikan kepada permasalahan masyarakat sejagat.
Di sekeliling kita telah diwarnai dengan masalah kemasyarakatan yang cukup ironik dan kronik - Permasalahan sosial, gejala rasuah, keruntuhan moral, dadah, kekejaman, pembunuhan, perang dan kezaliman sejagat – yang kini telah dan sedang meruntun dunia kehidupan kita ini. Kita semacam cemas dan lemas oleh timbunan permasalahan sejagat ini. Garaplah dan angkatlah permasalahan sejagat ini, sebagai bahan utama karya anda. Jadikan diri anda sebagai medium bagi menyampai permasalahan masyarakat. Moga perjuangan anda itu diberkati Allah s.w.t.

2 comments:

Hasyuda Abadi said...

Terima kasih atas pandangan dan juga sumbangsaran tuan terutama sekali bagaimana para penulis harus bangkit. Kami akan melakukan sebaik mungkin untuk membantu menyemarakkan sastera mengikut dasar yang telah ditentukan persatuan.

Laliman Ahmad said...

Maaf! kerana lambat memberikan respond akibat kesuntukan waktu. Namun saya berharap IPS dapat merancang jadual aktiviti sastera yang mantap serta mempunyai fokus dalam pembinaan audien.T.kasih. Wassallam!