Sunday, December 21, 2008

ORANG KITA MENULIS KERANA.....?

Salam!
Saya mohon maaf kepada sahabat, rakan dan taulan kerana agak lama saya tidak menghantar POST untuk tatapan semua. Namun ini tidak bermakna saya kekeringan idea atau tidak mengikuti perkembangan dunia budaya semasa kita, khususnya apa yang sedang berlaku di Sabah masa kini.

Pada saya, ada empat perkara yang cukup menarik untuk diperkatakan tentang budaya orang kita ini. Pertama; Budaya politik orang kita. Kedua; Budaya Bahasa Sukuan orang kita. Ketiga; Pemuliharaan dan pendokumentasian Budaya, Bahasa dan Warisan tradisional kita. Dan Keempat; [mutakhir] Tentang Sastera Sabah sendiri.

Saya menjangkakan akan berlaku komentar atau pandangan-pandangan bernas daripada orang-orang kita berkaitan tiga perkara penting ini [budaya politik, bahasa sukuan dan juga tentang penubuhan Majlis Bahasa] kerana ketiga-tiga hal ini melibatkan permasalahan kehidupan masyarakat kita secara jangka panjang.

Namun harapan dan jangkaan saya meleset. Ini kerana selain komentar 'budaya politik wang; pandangan atau respond daripada teman-teman khususnya golongan penulis dan budayawan hampir tidak kedengaran, kecuali pandangan daripada Sdr. Jasni Matlani [ Yang Dipertua BAHASA] yang mengulas tentang saranan Oleh YB. Datuk Haji Ariffin Arif [ Wakil Rakyat Membakut] tentang penubuhan Majlis Bahasa Sabah.

Apakah orang kita sudah malas menulis? Atau orang kita sudah tidak berminat atau ambil peduli
apa yang sedang berlaku dalam dunia persekitaran kita? Atau mungkin orang kita terlalu sibuk dengan tugas atau dunia kerjaya masing-masing?. Atau juga orang kita hanya berminat menulis kerana nama... atau menulis kerana apa...???