
Di sekeliling kita telah diwarnai dengan masalah kemasyarakatan yang cukup ironik dan kronik - Permasalahan sosial, gejala rasuah, keruntuhan moral, dadah, kekejaman, pembunuhan, perang dan kezaliman sejagat – yang kini telah dan sedang meruntun dunia kehidupan kita ini. Kita semacam cemas dan lemas oleh timbunan permasalahan sejagat ini. Garaplah dan angkatlah permasalahan sejagat ini, sebagai bahan utama karya anda. Jadikan diri anda sebagai medium bagi menyampai permasalahan masyarakat. Moga perjuangan anda itu diberkati Allah s.w.t.
2 comments:
Terima kasih atas pandangan dan juga sumbangsaran tuan terutama sekali bagaimana para penulis harus bangkit. Kami akan melakukan sebaik mungkin untuk membantu menyemarakkan sastera mengikut dasar yang telah ditentukan persatuan.
Maaf! kerana lambat memberikan respond akibat kesuntukan waktu. Namun saya berharap IPS dapat merancang jadual aktiviti sastera yang mantap serta mempunyai fokus dalam pembinaan audien.T.kasih. Wassallam!
Post a Comment